Pemain industri serah rancangan pulih MAS kepada PM
Iklan
KUALA LUMPUR - Rancangan untuk membantu kerajaan memulihkan semula syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAS) dan menjadikannya syarikat yang menguntungkan telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi.
Menurut laporan berita oleh theedgemarkets.com, cadangan itu diserahkan oleh sekumpulan ahli perniagaan diketuai bekas pengerusi AirAsia Group Bhd Datuk Pahamin A Rajab.
Iklan
Iklan
Ia berkata kumpulan itu telah memohon kelulusan daripada Dr Mahathir untuk menjalankan kajian terperinci terhadap MAS untuk mencari penyelesaian sewajarnya.
Kerajaan dipercayai mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menerajui MAS dan membawa syarikat penerbangan itu kembali meraih keuntungan, dengan khabar angin menyatakan bahawa Pahamin dikhabarkan menjadi antara calonnya.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Khazanah tolak cadangan tutup MAS
Sementara itu, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan MAS daripada ‘berkubur’.
Iklan
Dalam catatan terkini di laman Facebooknya, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri itu berkata empat inisiatif Khazanah Nasional Bhd untuk memulihkan MAB sejak tahun 2001 telah gagal, dengan kerajaan mengeluarkan kos sebanyak RM25 bilion.
"Kerajaan tidak boleh terus menyalurkan wang ke syarikat penerbangan itu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>