Nelayan hilang di perairan Pantai Emas ditemukan lemas

Iklan

KOTA BELUD - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Emas di sini semalam ditemukan lemas kira-kira pukul 4.30 petang hari ini.

Mayat Sapuan Saiman, 60, dijumpai terapung oleh nelayan kira-kira 100 meter daripada lokasi botnya ditemukan.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan Sapuan keluar dari rumah pada pukul 6.00 pagi untuk menangkap ikan dan sepatutnya kembali ke jeti pada pukul 8 pagi.

"Bagaimanapun dia tidak pulang dan orang kampung hanya menemukan botnya dengan enjin masih hidup," menurut kenyataan itu.

Iklan

Mayat Sapuan dihantar ke Hospital Kota Belud dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Iklan