YTL terkejut tawaran internet percuma untuk sekolah ditolak

Iklan
YTL Communications Sdn Bhd

SHAH ALAM - YTL Communications Sdn Bhd terkejut apabila tawaran mereka untuk memberikan internet secara percuma kepada 10,000 sekolah ditolak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, YTL Communications turut mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memungkiri janji untuk melaksanakan tender terbuka sebaliknya bersetuju untuk membayar kepada tiga penyedia perkhidmatan internet walaupun ditawarkan perkhidmatan secara percuma.

Iklan
Iklan

"Kementerian itu telah menyingkirkan YTL Communications.

"Pada Julai tahun lalu, KPM mengumumkan akan memanggil pihak kami berbincang mengenai tender baharu untuk awal tahun ini bagi meneruskan penyediaan perkhidmatan internet kepada 10,000 buah sekolah seluruh negara.

Iklan

"Kami telah berulang kali bertanyakan mengenai status tender dan pada 24 April lalu, KPM telah menjemput kami bersama-sama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa penyedia perkhidmatan internet untuk hadir satu mesyuarat," menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, menerusi mesyuarat tersebut, KPM menyatakan tidak bersedia untuk tender dilaksanakan untuk Julai di mana fasa dua kontrak bersama YTL Communications akan tamat.

Iklan

"Pada mesyuarat tersebut, kami dimaklumkan bahawa berlaku kelewatan selama enam bulan tetapi 10,000 buah sekolah terlibat memerlukan perkhidmatan Internet interim.

"Pada masa sama, KPM telah meminta kami untuk menyediakan internet percuma kerana kerajaan tidak mempunyai bajet untuk membayar perkhidmatan itu," kata kenyataan itu.

Di atas dasar tanggungjawab korporat kepada rakyat dan tidak mahu sekolah terputus Internet, YTL Communicationstelah ada menulis kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada 21 Mei lalu memberi pengesahan bersetuju untuk menyediakan penyelesaian lengkap bagi perkhidmatan itu sehingga dipanggil dan dianugerahkan tender.

"Malangnya, kami tidak menerima sebarang respons terhadap tawaran yang diberikan.

"Lebih malang, pada 27 Jun 2019, KPM mengumumkan perkhidmatan interim itu telah dianugerahkan kepada Telekom Malaysia, Celcom Axiata and Maxis.

"Ia amat mengejutkan," tulis kenyataan itu.