Anggota penguat kuasa memeriksa muatan lori yang ditahan semalam.
"Mengikut Peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728), semua orang yang membawa barangan bawah kawalan Akta MAQIS memerlukan permit daripada MAQIS. Kegagalan mematuhi peraturan import boleh dikenakan kompaun bawah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Perkompaunan Kesalahan) 2019,” katanya, dalam kenyataan media, hari ini.
Lily berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan bersama pihaknya dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) bagi mengekang kemasukan perosak seperti serangga perosak buah dan penyakit yang boleh menjejaskan industri pertanian negara sekiranya tidak dikawal sebaiknya.
"Jika ini berlaku, boleh menyebabkan kerajaan menanggug kerugian tinggi yang berpunca daripada penyakit tidak dikawal,” katanya.
Menurutnya, perbuatan mengimport sesuatu barangan tanpa permit sah juga menjadi kesalahan bawah sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (AKTA 728) yang boleh dihukum bawah seksyen 11(3), didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.