Propaganda anti minyak sawit: Sekolah antarabangsa disiasat
Iklan
Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Tindakan di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] akan diambil ke atas sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur yang mengadakan aktiviti berbentuk propaganda anti minyak sawit, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.
Merujuk laporan Menteri Industri Utama, Teresa Kok semalam mengenai aktiviti berbentuk propaganda anti minyak sawit di sekolah antarabangsa, Amin berkata siasatan telah dijalankan ke atas sekolah yang terlibat.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, kejadian itu berlaku dalam aktiviti tahunan sekolah yang melibatkan persembahan murid pada Jun lepas.
"Penglibatan murid dalam aktiviti berbentuk propaganda jelas bertentangan dengan dasar negara dan boleh menjejaskan nama baik negara,” katanya, sambil menegaskan bahawa kementerian memandang serius aktiviti berbentuk propaganda anti minyak sawit di sekolah antarabangsa itu.
Iklan
Amin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kementerian Pendidikan juga akan mengeluarkan surat peringatan kepada semua sekolah antarabangsa susulan insiden itu agar tidak berulang.
"KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir propaganda dan indoktrinasi di institusi pendidikan swasta itu yang memburukkan imej dan nama negara,” katanya. – Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>