Rangka dalam tangki air: 'Keluarga sudah lama reda'

Iklan
Penantian keluarga Aiman yang menunggu kepastian DNA akhirnya terjawab.

KUANTAN -"Keluarga sudah lama reda, kami bersyukur semuanya sudah selesai" kata Muhamad Afiq Azim Mat Ani, 24 abang kepada penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UITM) Raub, Pahang yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

Polis mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan terhadap rangka dalam tangki air di Felda Palong 12 adalah milik adiknya, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22

Iklan
Iklan

Muhamad Afiq berkata, arwah yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik itu hilang sejak Julai 2018 dan mereka terpaksa menunggu lebih tiga bulan untuk pengesahan penemuan rangka tersebut.

"Apa yang kami nantikan ialah keputusan DNA kerana urusan pengebumian jenazah terpaksa ditangguh sehinggalah semuanya terjawab.

Iklan

"Sekarang keluarga boleh tuntut jenazah dan menyempurnakan seperti yang sepatutnya," katanya.

Menurutnya, pihak keluarga berterima kasih kepada polis dan semua yang terlibat memudahkan proses berkenaan.

Iklan

"Selama ini kami hanya menunggu kepastian dan sementara menunggu keputusan urusan lain tidak boleh dilaksanakan.

"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Keratong, Rompin," katanya.

Rangka milik mangsa ditemui dalam tangki air di Felda Palong 12, Jempol pada 25 Mac lalu dan laporan kehilangan mangsa dibuat sejak 9 Julai tahun lalu selepas keluar rumah di Jalan Keratong Indah 16, Desa Keratong Indah, Bandar Tun Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: DNA sah milik Muhammad Aiman Hakim