Daftar ternakan elak penyakit berjangkit
Iklan
MACHANG - Program pendaftaran tanda pengenalan haiwan bakal diperkenalkan bagi memudahkan penternak dan memastikan haiwan tersebut bebas penyakit.
Ketua Jajahan Machang, Ibrahim Bakri Mat Deris berkata, program itu dapat mengawal penyakit berjangkit zoonotik yang berlaku di dalam populasi haiwan secara efisien selain menangani pertikaian hak milik ternakan terbabit.