KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menahan 70 individu dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Kota Kinabalu sepanjang tempoh operasi yang dijalankan selama 11 hari bermula pada 8 Disember lalu.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, daripada jumlah itu, 54 orang merupakan warga tempatan manakala 16 orang lagi warga asing yang berumur antara 17 hingga 48 tahun.