Ugut sebar video lucah, tukang masak didenda RM12,000

Iklan

PETALING JAYA - Ugutan seorang tukang masak yang mahu menyebarkan video lucah seorang wanita memakan diri apabila didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.

Chang Ye Siong, 45, menerima hukuman itu atau dia berdepan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Iklan
Iklan

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut ke atas bapa anak dua itu selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk perbicaraan.

Ye Siong menghadapi dua pertuduhan iaitu mengikut pertuduhan pertama dia didakwa melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan terhadap wanita berusia 35 tahun dengan cara hendak menyebarkan gambar bogel mangsa di sebuah hotel di Kota Damansara pada September 2017.

Iklan

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa memiliki dua telefon bimbit jenis Samsung yang mengandungi video lucah yang dimuat naik bertujuan untuk diedarkan.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah D11 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 8 pagi pada 19 Disember 2018.

Bagi kesalahan itu, dakwaan dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh meminta mangsa membuat aksi lucah ketika membuat panggilan video dan merakamnya.

Tertuduh kemudiannya mengugut mangsa untuk menyebarkan video itu kepada keluarga yang menyebabkan mangsa bimbang dan membuat laporan polis.

Dalam pada itu Mohd Redzuan Mohd Redzuan Mohd Yusof dan Faiezad Razal yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan anak guam mereka telah insaf dengan perbuatannya dan telah dibuang kerja.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan serius.