Nisbah doktor, katil di Johor belum capai sasaran
Iklan
Mohd Khuzzan Abu Bakar
ISKANDAR PUTERI - Nisbah doktor dan katil hospital kerajaan kepada populasi di negeri ini belum mencapai sasaran Kementerian Kesihatan berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Johor pada tahun lalu.
Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, nisbah doktor kepada populasi adalah 1:1,199 manakala nisbah katil kepada populasi pula 1.43:1000.
Iklan
Iklan
"Merujuk rangka kerja pelan strategik kepakaran dan subkepakaran Kementerian Kesihatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, nisbah ini belum mencapai sasaran Kementerian Kesihatan secara keseluruhan yang ditetapkan iaitu nisbah doktor kepada populasi dengan indikator 1:400 manakala nisbah katil kepada populasi adalah 2.3:1,000.
"Sumber manusia adalah salah satu kekangan dihadapi di dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Persidangan DUN Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.
Iklan
Mohd Khuzzan (PH-Semerah) berkata demikian ketika menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) mengenai jumlah hospital kerajaan dan swasta, bilangan katil serta jumlah doktor dan jururawat Johor, selain langkah sedang dan akan diambil jika kemudahan tidak menepati piawaian antarabangsa.
Menurutnya, antara langkah yang dijalankan kerajaan untuk menambahkan bilangan doktor dan jururawat adalah mempercepatkan masa menunggu kemasukan dalam perkhidmatan kerajaan serta perkhidmatan melalui perjawatan kontrak.
Iklan
"Johor mempunyai 12 hospital kerajaan termasuk enam adalah berpakar, satu institusi psikiatrik dan lima buah tanpa pakar. Jumlah keseluruhan katil bagi hospital kerajaan negeri adalah 4,068 katil (tidak termasuk 1,132 katil di institusi psikiatri Hospital Permai).
"Di Johor terdapat 18 hospital swasta yang beroperasi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,090 katil.Terdapat 2,659 doktor yang bertugas di hospital dan klinik kerajaan manakala seramai 3,145 doktor doktor di hospital swasta yang memberi perkhidmatan bagi keseluruhan 3.7 juta penduduk Johor,” katanya.
Mohd Khuzzan berkata, bagi jururawat pula, seramai 8,390 orang bertugas di fasiliti kerajaan dan 2,035 bertugas di hospital swasta dengan jumlah keseluruhan pemberi perkhidmatan kesihatan seramai 10,425 orang.
"Kerajaan meluluskan pembinaan Hospital Pasir Gudang di dalam Rolling Plan Pertama RMK-11 dan sekarang di dalam proses penyediaan dokumen tender. Pembinaan dijangka bermula pada tahun depan dan akan menempatkan 304 buah katil,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>