Raja Permaisuri Agong berangkat ke pameran 'Art With Heart' 2019
Iklan
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menyaksikan pameran seni ‘Art With Heart 2019’ oleh Kumpulan Perbankan RHB di Bangsar Shopping Centre, di sini hari ini.
Baginda diiringi anakanda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.