Desakan Moorthy letak jawatan wajar

Iklan
Wan Hisham

KUALA TERENGGANU – Desakan menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah wajar.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, ia ekoran kegagalan menteri itu melaksanakan tanggungjawab seterusnya mengekalkan keharmonian negara.

Iklan
Iklan

"Jika dilihat bagi kepentingan diri sendiri, biarlah portfolio beliau selaku Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial dikekalkan supaya rakyat lebih marah kepada PH dan beralih kepada Umno dan BN.

"Namun, kegagalan beliau menjadi menteri perpaduan tidak boleh diterima, beliau gagal satu padukan rakyat sebaliknya berjaya menyatukan bagi menyatakan kesepakatan meminta beliau meletakkan jawatan," katanya.

Iklan

Bagaimanapun, menurutnya terpulang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sama ada ingin mengekalkan kedudukan menteri itu atau sebaliknya.

"Terpulang kepada perdana menteri, tetapi tuntutan ini menggambarkan suara sebenar rakyat negara ini," katanya.

Iklan

Wan Hisham berkata, perang di media sosial terutama melibatkan isu perkauman menunjukkan kegagalan Waytha Moorthy menjalankan tugas sebagai menteri perpaduan.

"Beliau tidak menghayati perlembagaan sehingga menghancurkan keamanan yang dinikmati rakyat dengan banyak memainkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat.

"Keadaan itu sedang berlaku sekarang sebab kita terlalu berlembut dan beri ruang kepada beliau. Ini menyebabkan rakyat kecewa," katanya.