Rapid KL mohon maaf gangguan LRT laluan Kelana Jaya
Iklan
KUALA LUMPUR – Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penumpang akibat gangguan sementara perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pagi tadi selepas salah satu daripada tren arah ke selatan mengalami masalah teknikal di stesen Pasar Seni.
Apabila penggera sistem brek tren berbunyi pada 10.26 pagi, semua penumpang dipindahkan secara teratur di stesen Pasar Seni; dengan pusat kawalan operasi mengarahkan tren itu dihantar ke landasan di Stesen Universiti, kata Rapid KL dalam kenyataan media di sini hari ini.