Insiden sesak nafas: JAS tumpu tapak pelupusan sampah pula
Iklan
JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor akan melakukan pemantauan agresif terhadap tapak pelupusan haram di Pasir Gudang esok, bagi mengenal pasti punca sebenar insiden sesak nafas di beberapa buah sekolah sejak Khamis.
Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, tapak pelupusan itu turut berpotensi menyumbang kepada punca kejadian.
Iklan
Iklan
"Selain tapak pelupusan haram, kita juga akan memeriksa semula kawasan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pembuangan sisa buangan kimia pada Mac lepas.
"Kita takut orang buang sesuatu di mana-mana, sebab itu kita akan buat rondaan (pemantauan) dengan menggunakan drone dan kaedah lain,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata dijangkakan seramai 150 anggota penguat kuasa akan terbabit dalam operasi tersebut.
"Kita juga akan mendapatkan bantuan daripada syarikat konsesi JAS untuk menggunakan mobile unit mereka bagi memantau kualiti udara dengan parameter yang lebih menyeluruh,” katanya.
Iklan
Beliau berkata buat masa ini, pemantauan pihaknya tertumpu di sekolah yang terjejas dan kilang berdekatan dengan kekerapan pemeriksaan adalah setiap empat jam menggunakan alat ‘multi gas detector’. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
13 murid, 2 wanita muntah, sesak nafas
'Hidu bau tengik sejak petang semalam'
'Kejadian kedua menimpa anak saya'
'Bau busuk macam sampah'
KKM serah agensi berkaitan siasat punca gas beracun
14 sekolah di Pasir Gudang ditutup hingga Khamis
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>