Inisiatif Adam50 akan dihentikan akhir tahun: Zeti
Iklan
KUALA LUMPUR - Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (Adam50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan BN akan dihentikan menjelang akhir tahun, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Di bawah skim itu, bayi yang lahir pada 1 Januari 2018 hingga 2022 akan menerima simpanan awal RM200 melalui unit ASB (untuk Bumiputera) dan AS1M (untuk bukan Bumiputera) selagi kanak-kanak berkenaan didaftarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran, tetapi simpanan itu hanya boleh dikeluarkan selepas kanak-kanak tersebut berusia 18 tahun.