KKM serah agensi berkaitan siasat punca gas beracun
Iklan
Dzulkefly Ahmad
KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyerahkan kepada agensi berkaitan untuk menyiasat punca sebenar penghasilan gas beracun yang menyebabkan pelajar di sekitar Pasir Gudang, Johor mengalami sesak nafas sejak Khamis lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia berikutan pihaknya hanya membuat pemantauan dan kawalan berkaitan kesihatan.
Iklan
Iklan
"Saya tidak tahu dari mana datangnya punca gas beracun itu, saya sebagai menteri kesihatan hanya melaksanakan pemantauan dari aspek kesihatan.
"Apa pun tunggu daripada mereka untuk buat kenyataan selepas mereka melakukan kajian berhubung perkara tersebut, tetapi saya sahkan simptom yang berlaku kepada pelajar memang berkaitan gas beracun dan bukannya daripada pemakanan atau keracunan makanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri dan perasmian Maahad Habibullah Al-Hafiz di Masjid Puncak Alam di sini hari ini.
Iklan
Dr Dzulkefly berkata gejala seperti sesak nafas, loya, muntah, pening, sakit kepala dan kekejangan otot yang dihadapi pelajar terlibat, sama seperti insiden pencemaran bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Mac lepas.
"Saya tidak boleh sahkan punca gas beracun ini juga datang dari lokasi sama iaitu di Sungai Kim Kim," katanya.
Iklan
Terdahulu, KKM dalam satu kenyataan mengesahkan jumlah keseluruhan mangsa yang telah mendapatkan rawatan berhubung insiden itu setakat ini adalah seramai 31 orang iaitu 21 perempuan dan 10 lelaki.
Mangsa merupakan pelajar dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, yang mana telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>