Jenazah Mohamad Rafie selamat dikebumikan

Iklan
Pengebumian Mohamad Rafie di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Keling di sini, pagi tadi.

MELAKA TENGAH - Jenazah Allahyarham Mohamad Rafie Abdul Khadir Hatim, 29, yang meninggal dunia di Melbourne, Australia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Keling, di sini, pagi tadi.

Jenazah yang dikebumikan jam 11 pagi itu dihadiri lebih 50 orang termasuk ahli keluarga terdekat dan rakan kenalan Allahyarham.

Iklan
Iklan

Warisnya, Kamarul Zahari, 31, berkata, jenazah telah dibawa pulang ke Malaysia tepat jam 10.15 malam waktu Australia, 20 Disember, sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat jam 4.05 pagi tadi sebaik saja mendaftar semua urusan pendokumentasian di negara itu.

Pengebumian Mohamad Rafie di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Keling di sini, pagi tadi.

Menurutnya, urusan pendokumentasian telah dilaksanakan di unit kargo Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) pada jam 7.05 pagi dan kemudian dibawa ke Balai Polis KLIA bagi mendapatkan permit perkuburan sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka.

Iklan

"Syukur jenazah Allahyarham berjaya dibawa pulang ke tanah air hasil dari usaha pelbagai pihak yang membantu sejak arwah meninggal dunia beberapa minggu lalu hingga sekarang.

"Saya mewakili keluarga arwah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu terutama syarikat Fitrah Service, Pertubuhan Food Brandings Charities dan Pertubuhan Amalteam bagi urusan dokumentasi dan perbelanjaan pulang," katanya.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan mengenai ibu kepada Mohamad Rafie, Zakiah Ibrahim, memohon bantuan daripada rakyat Malaysia untuk membantu keluarganya membawa pulang jenazah anak kesayangannya itu.

Mohamad Rafie ditemui tidak sedarkan diri di kediaman rakannya, di Coffs Harbour di New South Wales, Australia sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada 5 Disember lalu.