KAJANG - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders, Cheras Balakong di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Taman Putri Jaya Batu 9, Cheras pada jam 4.20 petang tadi.