Polis tahan rakan tukang paip ditembak

Iklan
Gambar kecil, Mohd Rozi.

ALOR SETAR - Polis mengesahkan penahanan seorang penunggang motosikal demi membantu siasatan kes tukang paip mendakwa ditembak anggota trafik di Jalan Langgar berhampiran Jalan Datuk Kumbar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, penunggang motosikal berkenaan yang juga rakan mangsa ditahan untuk bantu kes disiasat di bawah Sekysen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan
Iklan

"Melalui siasatan, kita mendapati senjata digunakan dalam kejadian ini adalah jenis revolver.

"Setakat ini, difahamkan mangsa yang juga pembonceng motosikal terbabit sudah menjalani pembedahan pada malam semalam selepas kejadian tersebut,” katanya.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mat Kasim Karim mengesahkan menerima laporan kejadian tembakan melibatkan seorang pemuda, Mohamad Alif Aiman Anuar, 21, hingga mengakibatkan kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang paip cedera terkena tembakan