Bincang dahulu sebelum keluar kenyataan: Rina

Iklan
Rina (tiga, kiri) menyampaikan beg sekolah kepada salah seorang penerima pada Program Jom Kembali Ke Sekolah 2019 di Pejabat Kemas Parlimen Sabak Bernam.

SABAK BERNAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dinasihatkan mengadakan perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung langkah DAP yang mengancam meninggalkan PH.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun berkata, perkara itu seharusnya dibincangkan peringkat dalaman dan tidak dibawa keluar kerana ia melibatkan semua pihak.

Iklan
Iklan

"Saya kira apa sahaja keputusan melibatkan parti sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH di peringkat tertinggi.

"Sebagai kerajaan yang mentadbir, kita (pemimpin) perlu mempunyai 'suara' yang sama meskipun ada sebahagiannya membuat kenyataan tersendiri mengenai perkara ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Program Jom Kembali Ke Sekolah 2019 di Pejabat Kemas Parlimen Sabak Bernam, hari ini.

Sebelum ini, Kit Siang menegaskan parti itu tidak teragak-agak meninggalkan PH sekiranya objektif Malaysia baharu yang dilaungkan mereka dipinggirkan.

Iklan

Sementara itu, Rina yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, perkara berhubung desakan rakyat supaya Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan diserahkan kepada pucuk pimpinan negara.

"Sebarang keputusan perlu dibincang di peringkat tertinggi kerana pelantikan itu turut melibatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Saya melihat rakyat menyuarakan pendapat dan pandangan termasuk menandatangani petisyen supaya beliau (Moorthy) meletakkan jawatan, namun dalam hal ini kita kena mengambil pandangan semua pihak supaya dapat membina pentadbiran ke arah lebih baik," katanya ketika diminta mengulas isu itu.

Mengulas mengenai desas desus Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh menyertai Bersatu, beliau enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

"Setakat ini, saya dimaklumkan beliau (Mohd Fasiah) masih menjadi Ahli Parlimen Bebas," katanya.