Melaka terima air bersih Negeri Sembilan
Iklan
Aminuddin (dua,kanan) dan Adly (tiga,kanan) ketika menandatangani dokumen perjanjian dan diperhatikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hassan.
MELAKA TENGAH - Rakyat Melaka kini boleh menarik nafas apabila Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) bersetuju membekalkan air bersih tambahan kepada Melaka melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).
Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri dihadiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Iklan
Iklan
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, Sains akan membekalkan sejumlah 12 juta liter air bersih tambahan sehari (mld) pada kadar RM1.40 untuk setiap meter padu berkuat kuasa hari ini hingga 31 Disember 2020.
Menurutnya, bekalan air berkenaan akan dapat menampung keperluan penduduk yang ramai di kawasan sempadan seperti di Pulau Sebang, Jambatan Lubok China, Kuala Linggi, Pondoi Kendong dan Titian Bintangor.
Iklan
"Baru-baru ini Melaka berhadapan kemarau berpanjangan sejak Februari hingga mengakibatkan sumber air mentah berada ditahap kritikal menerusi penyusutan paras air Empangan Durian Tunggal.
"Perjanjian ini merupakan keprihatinan dan inisiatif yang diambil kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi keperluan rakyat selain mengatasi isu-isu berkaitan masalah kemarau," katanya.
Iklan
Tambahnya, kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan yang membantu kita bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat terjamin sekali gus mengelakkan berlakunya catuan air seperti yang pernah dinyatakan pada 22 Mei lalu.
Turut menerima faedah bekalan air bersih menerusi perjanjian tersebut adalah kawasan Batang Melaka, Sungai Rambai, Chohong, Tangkak dan Simpang Bekoh, Jasin.
Sementara itu, Aminuddin berkata pihaknya menyambut baik usaha dan kerjasama antara kedua-dua negeri yang terletak bersempadan ini termasuk dalam pembekalan air.
"Kita akan selesaikan persempadanan antara Melaka dan Negeri Sembilan iaitu di Kuala Linggi dalam tempoh terdekat melibatkan Sungai Linggi.
"Yang penting persempadanan itu akan memudahkan perancangan pembangunan di kawasan sempadan," katanya.
Pada majlis itu, Adly dan Aminuddin mewakili kerajaan negeri masing-masing manakala Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd. Khalid Nasir dan Pengarah Sains, Wan Rasdi Wan Ismail mewakili agensi terlibat.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.