Trump nekad usir jutaan pendatang haram

Iklan
Jutaan pendatang haram di AS bakal diusir bermula minggu depan.

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan mula mengusir jutaan pendatang haram bermula minggu depan.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden Donald Trump semalam dan turut memaklumkan Guatemala bersedia untuk menandatangani perjanjian negara ketiga yang menetapkan mana-mana migran perlu memohon status pelarian di negara tersebut.

Iklan
Iklan

"Bermula minggu depan Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) akan melakukan pengusiran jutaan pendatang yang masuk secara haram ke AS. Mereka akan diusir secepat mungkin seperti mana mereka masuk ke negara ini,” kata Trump menerusi Twitter.

AS berdepan ketibaan ‘tsunami’ pelarian dari Guatemala dan negara Amerika Tengah yang berdepan keganasan.

Iklan

Trump turut menggelar ia sebagai ‘pencerobohan’ dan melancarkan ‘peperangan’ ke atas golongan itu yang menjadi matlamat utama pentadbirannya.

Awal kelmarin, Washington memaklumkan ia tidak lagi akan menawarkan bantuan kepada El Savador, Guatemala dan Honduras melainkan jika mereka mengambil tindakan konkrit untuk menghalang pendatang migran tanpa dokumen sah ke AS.

Iklan

Pada awalnya, bagi fiskal 2019, AS$370 juta (RM1.5 bilion) diperuntukkan untuk keutamaan dasar asing lain, namun semua bantuan masa depan kini bersyarat.

Di bawah perjanjian antara AS dan Mexico yang dicapai pada awal bulan lalu untuk mengelakkan perang tarif Trump, Mexico bersetuju untuk menempatkan 6,000 Pengawal Negara di sempadan selatan dan memperluaskan dasarnya untuk mengambil semula migran.

"Mexico menggunakan undang-undang imigresen mereka yang sangat kukuh dan mengambil langkah segera menghentikan kemasukan pendatang haram ke sempadan selatan AS,” kata Trump. - Agensi