Selepas adik-beradik, anak pula meninggal dunia

Iklan
Dr Selasawati (kiri) sempat mengiringi yang Rosli menaiki van bagi menemani mayat anaknya yang dibawa ke HGM pada tengah hari ini.

KOTA BHARU - Selepas kematian dua adik-beradik, kesedihan kembali dirasai seorang penduduk orang asli dari suku kaum Bateq Kuala Koh Gua Musang apabila anak bongsunya pula meninggal dunia di di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini petang semalam.

Rosli Jong, 30, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu, Nasri,3, meninggal dunia pada jam 6.45 petang selepas lapan hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) hospital berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya sedih tapi reda, mayat akan kebumi di Gua Musang,” katanya yang kelihatan sugul dan lebih banyak berdiam diri ketika keluar dari bilik mayat Unit Forensik HRPZ II di sini hari ini.

Sebelum ini, kanak-kanak itu kritikal dan dirawat di PICU dalam keadaan tidak sedarkan diri serta menggunakan alatan bantuan pernafasan sebelum meninggal dunia petang semalam.

Iklan

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HRPZ II sebelum dibawa menaiki van jenazah pada jam 12.30 tengah hari hari ini menuju ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi tujuan dibedah siasat di hospital berkenaan bersama 14 mayat yang lain.

Rosli berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan selepas proses bedah siasat selesai.

Iklan

Rosli yang masih bersedih dengan pemergian dua adik-beradiknya Jalik pada 6 Jun manakala Puja pada 7 Jun lalu itu berharap perkara yang melanda suku kaumnya itu akan selesai secepat mungkin demi keselamatan penduduk di kampung berkenaan.

Kanak-kanak orang asli Bateq meninggal dunia