Banjir di Membakut pulih, PPS ditutup
Iklan
KOTA KINABALU - Keadaan banjir di Membakut pulih sepenuhnya selepas kesemua sembilan mangsa terakhir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Membakut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang tadi.
Menurut Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataannya, kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang selepas pemantauan dilakukan anggota bertugas mendapati keadaan banjir di dua kampung iaitu Kampung Kayai dan Kampung Baitam Laut pulih dan selamat untuk didiami.
Iklan
Iklan
"Keadaan cuaca pada hari ini baik. Kesemua 11 kampung terjejas banjir sudah pulih dan jalan terputus banjir sebelum ini juga sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Selepas APM menghantar mangsa ke rumah masing-masing, PPS ditutup secara rasmi pada jam 3 petang,” menurut kenyataan itu.
Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am. – Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>