Pokok tumbang hempap dua kereta
Iklan
Gambar dari kiri: Anggota bomba bertungkus-lumus memotong pokok tumbang dan membersihkan kawasan terbabit dalam kejadian ribut pagi tadi.
Kereta Perodua Kancil rosak teruk selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Pendamar, pagi tadi.
PELABUHAN KLANG - Hujan lebat serta ribut menyebabkan pokok tumbang menghempap dua kereta selain menghalang laluan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Pendamar, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Naim Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.41 pagi berhubung kejadian itu.
Iklan
Iklan
"Sembilan anggota termasuk seorang pegawai operasi dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengalihkan pokok berkenaan.
"Sebaik tiba, anggota mendapati pokok tumbang dan menghempap dua kereta diletakkan berhampiran kawasan terbabit. Sebuah kereta Perodua Kancil rosak teruk manakala sebuah kereta Proton Iswara hanya mengalami kerosakan kecil.
Iklan
"Malah, kejadian itu menyebabkan laluan di lokasi terbabit terhalang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa 40 minit untuk memotong pokok dan membersihkan kawasan berkenaan.
Iklan
"Bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan mangsa," katanya.
Katanya, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati kerana keadaan cuaca yang tidak menentu selain angin kencang yang mengakibatkan banyak kes pokok tumbang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>