Presiden Chile umum rombakan Kabinet
Iklan
SANTIAGO - Presiden Chile Sebastian Pinera, semalam mengumumkan rombakan Kabinet bagi menggantikan enam menteri, selepas sokongan terhadap kerajaan pentadbirannya semakin berkurangan, lapor agensi berita Xinhua.
Rombakan Kabinet itu menyaksikan Teodoro Ribera, seorang peguam dan bekas Menteri Keadilan dilantik sebagai Menteri Luar Negeri yang baharu menggantikan Roberto Ampuero.