49 warga asing langgar peraturan Imigresen ditahan
Iklan
BUTTERWORTH - Pemeriksaan berterusan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di beberapa lokasi di negeri ini membawa kepada penahanan 49 warga asing yang melanggar peraturan imigresen sehingga semalam, kata Pengarah Imigresen negeri Muhamad Husni Mahmud hari ini.
Dalam operasi kira-kira pukul 10 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Kawasan Perniagaan Simpang Ampat, petugas penguatkuasaan Imigresen menahan 17 wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Laos yang bekerja sebagai pelayan pelanggan di situ.
Iklan
Iklan
"Kami turut menahan seorang lelaki warga Thailand bekerja di situ dan kesemua mereka yang berumur di antara 20 dan 35 tahun itu didapati melanggar peraturan imigresen seperti menyalahgunakan pas lawatan sosial, tidak memiliki dokumen perjalanan dan tiada permit kerja yang sah,” katanya di sini.
Seterusnya lima warga Thailand yang terdiri dari empat lelaki dan seorang wanita ditahan di sebuah restoran masakan Thai di Bandar Putra Bertam di Kepala Batas sementara lima warga Bangladesh, tujuh warga Indonesia dan empat warga Myanmar ditahan di sekitar Tanjung Tokong dan Tasek Gelugor.
Iklan
Tujuh lagi warga Bangladesh termasuk seorang wanita, seorang lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga Pakistan ditahan di sebuah kawasan perkuburan Cina di Bukit Mertajam dan kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depoh Tahanan Warga Asing di Juru untuk tindakan lanjut. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>