Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha
Iklan
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata serangan itu tidak boleh diterima dan melanggar undang-undang antarabangsa serta menjejaskan keamanan dan keselamatan Timur Tengah. - AFP
KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Wilayah Asir, barat daya Arab Saudi yang mengakibatkan 26 orang cedera, kelmarin.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, serangan itu tidak boleh diterima dan melanggar undang-undang antarabangsa serta menjejaskan keamanan dan keselamatan Timur Tengah.
Iklan
Iklan
"Malaysia mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera... selaku negara pencinta keamanan, Malaysia menggesa semua pihak supaya bersabar dan berharap konflik di rantau itu akan diselesaikan menerusi dialog dan saluran diplomatik,” kata kementerian itu.
Menurut kenyataan kementerian itu setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan.
Iklan
Sebuah peluru berpandu yang dilancarkan militia Houthi mengenai balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha mencederakan 26 orang awam daripada pelbagai warganegara termasuk tiga wanita masing-masing rakyat Yaman, India dan Arab Saudi serta dua kanak-kanak Arab Saudi, awal pagi Rabu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>