Nasihat mufti berhubung penularan video seks

Iklan

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi empat artikel dalam laman Facebook beliau sebentar tadi berhubung isu penularan klip video seks dikaitkan dengan seorang menteri.

Beliau turut berkongsikan pautan ke artikel beliau dan menzahirkan kegusaran hatinya memikirkan masalah bakal mendatang kepada umat dek kerana penyebaran video berkenaan.

Iklan
Iklan

Empat artikel itu bertajuk ‘Peristiwa Al-Ifki (Pengajaran menghadapi fitnah)’, ‘Bahaya fitnah’, ‘Isu Qazaf: Adakah termasuk tuduhan liwat’ dan ‘Tabayyun dalam penerimaan dan penyampaian berita’.

"Seawal tersebarnya video tersebut, hati ini amat gusar kerana terfikirkan 1001 masalah yang bakal mendatang kepada umat ini dek sebaran video berkenaan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Haziq buat laporan polis

"Oleh kerana merasakan perlunya satu panduan yang tuntas kepada umat Islam di Malaysia, saya meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian dan menyiapkan empat buah artikel Bayan Linnas berhubung isu ini petang tadi,” tulis beliau.

Iklan

Tambah Zulkifli, beliau mencadangkan agar semua bermuhasabah dengan mengingati ALLAH SWT kerana setiap perbuatan manusia pasti akan diperhitungkan satu persatu kelak.

"Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, marilah sama-sama kita bermaaf-maafan dan mencari keredaan ALLAH SWT selepas kita disucikan dengan ibadat puasa, zakat fitrah dan qiam pada Ramadan yang lalu.

"Kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Haziq Abdullah Abdul Aziz, sesiapa sahaja yang berkaitan dan seluruh umat Islam di Malaysia, terimalah buah fikiran daripada saya, Zulkifi Mohamad al-Bakri.

"Saya hamba-Nya yang Maha Mengetahui (al-'Alim), Maha Melihat (al-Basir), Maha Mendengar (al-Muntaqim) dan Maha Adil (al-Adl),” tulisnya.

Jelasnya lagi, dengan menulis empat artikel berkenaan, beliau telah menjalankan tanggungjawabnya menyampaikan perkara termaktub dalam al-Quran.

"Inilah tanggungjawab yang telah saya lunaskan selaku Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan apa yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah berhubung isu ini,” ujarnya.