Pensyarah kolej swasta cedera terlibat kemalangan
Iklan
Mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
PASIR GUDANG - Seorang pensyarah kolej swasta warga Vietnam cedera selepas terlibat dalam kemalangan pagi tadi ketika menunggang basikal di Kilometer 28, Lebuhraya Pasir Gudang.
Nguyen Thanh Xuan, 33, disyaki dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva kira-kira jam 10.50 pagi semalam.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, sehingga kini pemandu kereta berkenaan masih belum membuat laporan polis.
"Kemalangan berlaku semasa penunggang basikal dari arah Plentong menghala ke Bandar Seri Alam telah disyaki dilanggar oleh kereta berkenaan.
Iklan
"Pemandu kereta berkenaan belum membuat laporan. Tiada saksi bebas tampil membuat laporan setakat ini dan tiada CCTV (kamera litar tertutup) di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, wanita tersebut mengalami kecederaan pada bahagian bahu kiri, kepala, tangan dan kaki.
Iklan
Difahamkan lokasi kejadian merupakan jalan tiga lorong sehala dan cuaca baik, jalan kering serta lalu lintas tidak sesak.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>