Ops Khas Motosikal: 1,021 motosikal diperiksa, 209 saman dikeluarkan
Iklan
Sebanyak 1,021 motosikal diperiksa dalam Operasi Khas Motosikal sekitar Pulau Pinang sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
GEORGETOWN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang memeriksa 1,021 motosikal sepanjang Ops Khas Motosikal yang diadakan selama tiga hari bermula 1 Jun lalu.
Pengarahnya, Mohamat Johari Mat Nor berkata, operasi itu dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa lokasi sekitar negeri ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebanyak 173 motosikal diambil tindakan dan 209 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan.
"Operasi ini dijalankan pada 1, 2 dan 8 Jun lalu melibatkan 111 penguatkuasa JPJ Pulau Pinang. Ia juga melibatkan beberapa agensi lain antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), PDRM, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Iklan
"Selain saman, kita juga mengeluarkan 234 notis kepada penunggang motosikal. Antara kesalahan yang dikesan adalah lesen memandu tamat tempoh, kenderaan tiada insurans, lesen kenderaan bermotor tamat tempoh dan kesalahan pada nombor plat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, selain JPJ, AADK juga menjalankan 48 ujian saringan air kencing yang mana dua daripadanya positif dadah.
Iklan
"Polis juga memeriksa 208 motosikal dan mengeluarkan 87 saman kerana pelbagai kesalahan manakala JAS mengambil tindakan ke atas 22 kenderaan daripada 29 yang diperiksa.
"Sementara itu, JIM memeriksa 35 buah motosikal dan menahan sembilan warga asing iaitu lima warga Bangladesh, tiga lelaki Indonesia dan seorang wanita Indonesia," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>