Bumbung rumah kedai di Klang terbakar

Iklan
Kebakaran melibatkan bahagian bumbung rumah kedai di Taman Bayu Perdana,Jalan Batu Unjur 9 pagi tadi.

KLANG - Suasana tenang di sekitar Taman Bayu Perdana tiba-tiba gempar apabila bumbung sebuah rumah kedai di Jalan Batu Unjur 9 di sini terbakar pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian.

Iklan
Iklan

"Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 7.06 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Andalas dengan kekuatan seramai 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian," katanya.

Iklan

Menurut jurucakap itu, kebakaran melibatkan bahagian bumbung bangunan tiga tingkat rumah kedai tersebut.

"Kebakaran dianggarkan melibatkan 50 peratus bahagian bumbung bangunan itu.

Iklan

"Api kemudiannya berjaya dikawal kira-kira jam 7.32 pagi," katanya.

Menurutnya, tiada yang cedera dalam kejadian tersebut.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Kebakaran melibatkan bahagian bumbung rumah kedai di Taman Bayu Perdana,Jalan Batu Unjur 9 pagi tadi.