KOTA KINABALU - Lebih 5,000 tetamu pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin dan isteri, Toh Puan Norlidah R M Jasni di Istana Negeri, di sini, hari ini.
Majlis rumah terbuka bermula jam 11 pagi hingga 1 petang itu menghidangkan pelbagai juadah menarik, termasuk sate, ketupat, lemang dan rendang.