Puspanita Kuala Muda agih 300 bubur lambuk

Iklan
Pengagihan dilakukan kepada kakitangan Kompleks Kerajaan Daerah Kuala Muda dan orang awam.

SUNGAI PETANI - Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) daerah Kuala Muda, Hotel Seri Malaysia dan Pejabat Daerah mengagihkan 300 bekas bubur lambuk di Kompleks Kerajaan Daerah Kuala Muda baru-baru ini.

Pengerusi Puspanita Daerah Kuala Muda, Rohana Abdul Rahman berkata, bubur lambuk itu juga diagihkan kepada orang awam bermula jam 4 petang.