Enam buah rumah hangus terbakar

Iklan

KOTA MARUDU - Enam buah rumah hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Tondiq, di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian kecemasan MERS 999 kira-kira jam 12.19 tengah hari, hari ini.

Iklan
Iklan

"Balai Bomba Penyelamat Kota Marudu digerakkan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Tingkalanon untuk respon ke tempat kejadian," menurut kenyataan itu.

Menurut PGO, kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya pada jam 2 petang, dan tidak melibatkan kematian mahupun kecederaan.

Iklan
Iklan

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama