Pemandu perkhidmatan e-hailing cedera dipukul, ditembak
Iklan
KUCHING - Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dan ditembak menggunakan senapang angin oleh penumpangnya di Jalan FAC Matang, petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata di awal kejadian, pemandu yang berusia 40 tahun itu telah mengambil seorang penumpang warga asing di Kuching Sentral untuk dihantar ke Jantayu Strawberry Farm.