Pengisian World #QuranHour unik

Iklan
World #QuranHour yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

GOMBAK - Penganjuran World #QuranHour merupakan usaha yang wajar dipuji kerana ia merupakan kempen mengajak orang ramai membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.

Pensyarah Kuliah Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata, selain mengalunkan ayat suci al-Quran, kempen ini berbeza kerana terdapat penyampaian pengisian makna-makna setiap surah.

"Ada pengajaran dan pelajaran yang kita boleh ambil dan terus diaplikasikan dalam kehidupan.

"Ia menjadikan nilai tambah yang ada dalam #QuranHour yang berbeza dengan kumpulan tadarus al-Quran lain," katanya kepada sinar harian hari ini.

Mengulas mengenai pemilihan Surah Al-Kahf bertepatan kerana orang Islam sedang berdepan dengan pelbagai cabaran.

"Oleh itu pengisian kandungan surah yang diringkaskan seperti cabaran ilmu, cabaran harta, cabaran kuasa dan cabaran iman bersesuaian dengan pelbagai polemik yang dihadapi orang Islam di negara ini," katanya.

Iklan
Iklan