Ular sawa kekenyangan baham 10 ekor ayam
Iklan
Anggota wanita APM Padang Terap bersama ular sawa seberat 90kg yang berjaya ditangkap.
PADANG TERAP - Anggota wanita Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap membuktikan kepakaran mereka dengan berjaya menangkap ular sawa seberat 90kg.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan Mohd Shukri Shuib berkata, reptilia sepanjang 10 meter itu berjaya ditangkap di Kampung Jelutong, Padang Terap, awal pagi ini ketika sedang membaham ayam seorang penduduk.
Iklan
Iklan
Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk jam 2.48 pagi mengenai penemuan ular sawa di dalam reban.
"Penduduk berkenaan mendengar kokokan ayam sebelum pemeriksaan terdapat seekor ular sawa yang sudah kekenyangan selepas menelan 10 ekor ayam miliknya," katanya.
Iklan
Menurut Mohd Shukri, tiga anggotanya tiba di lokasi pada jam 3 pagi dan mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam reban berkenaan.
"Anggota mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menangkap reptilia itu menggunakan peralatan khas, malah ular berkenaan turut bertindak agresif walaupun sudah kekenyangan.
Iklan
"Ini adalah ular sawa terbesar dan terpanjang yang pernah ditangkap anggota APM Padang Terap sepanjang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Shukri berkata, ular sawa itu kemudian dibawa ke pejabat APM untuk mendapat perlindungan sementara sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>