SIBU - Sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri dua keluarga di sini suram apabila tiga kanak-kanak bersaudara hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi-manda di Sungai Nanga Tutus dekat sini hari ini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kanak-kanak lelaki Trance Gong, 14 dan adik perempuannya Trisha Janggok, 12 serta sepupu mereka Nurul Sahiera Salam, 14 dari Rumah Augustine Meringgai Anak Jana telah pergi ke jeti untuk membasuh pakaian dengan bapa saudara mereka.