Sukarelawan polis dijel 16 tahun, lima sebat rogol gadis

Iklan
Tertuduh Abdul Rahman dibawa ke lokap Mahkamah Kota Bharu selepas hukuman terhadapnya selesai dijatuhkan Ahmad Bazli.

KOTA BHARU - Seorang sukarelawan polis dihukum penjara 16 tahun dan lima sebatan oleh mahkamah sesyen di sini hari ini kerana didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur Jun tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin terhadap tertuduh, Abdul Rahman Rosli, 25, selepas gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dua bulan di kawasan semak Pantai Pak Amat Pengkalan Chepa, di antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 4 Jun 2018.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Tertuduh diwakili peguam Shaharuddin Mohamed memohon mahkamah mengenakan hukuman pemenjaraan paling minima kerana itu kesalahan pertama selain mengambil kira latar belakang tertuduh yang masih tinggal bersama ibu bapa serta sudah berkahwin dan mempunyai anak berusia setahun.

"Tertuduh juga memberi kerjasama yang baik kepada mahkamah sepanjang perbicaraan berlangsung.

Iklan

"Tertuduh juga memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dibuat,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli bagaimanapun membantah dan mahukan hukuman dijalankan kerana mengikut Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah proses rayuan tidak sesuai digunakan sebagai alasan untuk menangguhkan hukuman.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kepada tertuduh kerana kesalahan rogol adalah serius terutama di Kelantan.

"Sebagai seorang sukarealawan polis seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan sifat kepimpinan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu mahkamah membenarkan pelaksanaan penangguhan hukuman dengan jaminan RM15,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM20,000 berserta syarat rayuan difail hari ini.