Tumpahan minyak, nasib baik sedar awal
Iklan
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai membersihkan tumpahan minyak di lokasi kejadian.
MARANG - Hampir terbabas hanya kerana tumpahan minyak di permukaan jalan raya.
Kejadian yang berlaku di Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Telaga Mengkudu, hari ini menyebabkan pengguna jalan raya terbabit hilang kawalan dan nyaris terbabas.
Iklan
Iklan
Dalam kejadian kira-kira jam 5.25 pagi itu, salah seorang mangsa, Muhammad Amir Muzakkir Iliah, 23, Mat Rani, 48, bersama seorang penumpang dalam perjalanan dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu.
"Apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu tiba tiba sahaja hilang kawalan dan nyaris terbabas sebelum saya dapat memberhentikan kereta dengan selamat di tepi jalan.
Iklan
"Dalam masa sama, sebuah lagi kereta yang melalui jalan ini juga nyaris terbabas. Selepas memeriksa saya dapati jalan itu dipenuhi dengan tumpahan minyak," katanya kepada pemberita, hari ini.
Muhammad Amir kemudiannya menghubungi anggota bomba dan penyelamat memaklumkan kejadian untuk tindakan lanjut bagi mengelak kemalangan menimpa pengguna jalan raya lain.
Iklan
Susulan itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai diketuai Pegawai Operasi, PBK II Zulkifli Md Akhir bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian pihaknya mendapati terdapat tumpahan minyak di atas permukaan jalan dan tiga botol minyak pelincir di percayai terjatuh turut ditemui dekat pembahagi jalan.
"Tumpahan minyak ini menyebabkan permukaan jalan menjadi licin dan mampu menyebabkan berlakunya kemalangan. Nasib baik ada pengguna jalan raya yang menyedarinya lebih awal.
"Seramai tujuh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai ke lokasi kejadian bagi membersihkan tumpahan minyak berkenaan," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal