'Pemimpin PH takut Piagam UMNO-Pas'
Iklan
Muhammad Khalil Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU - Reaksi negatif daripada kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP terhadap Piagam UMNO-Pas menunjukkan mereka takut dan bimbang dengan kerjasama kedua-dua parti itu.
Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kenyataan-kenyataan yang dibuat jelas memperlihatkan mereka bimbang kerana ia bakal melakar sejarah politik negara dengan melibatkan kerjasama antara dua parti Melayu Islam terbesar di negara ini.
Iklan
Iklan
Beliau yang optimis dengan pemeteraian piagam itu berkata, kerjasama itu dibuat bagi kepentingan Islam, negara dan rakyat.
"Sebenarnya, ia hasil daripada mesyuarat induk bersama antara Pas dan UMNO yang terdiri daripada 11 wakil daripada setiap parti. Daripada mesyuarat itu, dibentuk satu jawatankuasa lain yang lebih kecil untuk membincangkan perkara-perkara teknikal.
Iklan
"Setakat ini, benda besar yang dibincangkan dan dipersetujui ialah piagam, iaitu kerjasama antara UMNO dan Pas. Kedua-dua parti sudah sahkan dalam mesyuarat masing-masing dan akan dibawa ke mesyuarat induk sekali lagi untuk dipersetujui bersama.
"Saya melihat ia kerjasama positif antara Pas dan UMNO yang kita harap akan terus melakar satu kerjasama lebih baik untuk kita mendepani PRU15 akan datang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim 2019 anjuran EPIC Berhad di Paya Bunga Hotel di sini, semalam.
Iklan
Menurut Khalil, antara perkara-perkara asas yang dipersetujui setakat ini ialah sekiranya berlaku pilihan raya kecil dalam tempoh sebelum pilihan raya umum, mereka bersetuju supaya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru, sebaliknya mesti dua penjuru.
Selain itu, sekiranya isu bersama melibatkan kepentingan Islam dan Melayu serta Bumiputera, kedua-dua parti perlu bersama.
Dalam konteks itu katanya, sekiranya berlaku usul-usul di parlimen, mestilah ada persetujuan bersama dan tindakan bersama antara kedua-dua parti.
Ditanya mengenai kerjasama antara kedua-dua parti di Terengganu berhubung kemungkinan pembahagian kerusi pada PRU15, beliau berkata, perbincangan belum sampai ke tahap itu.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.