Buruh dipenjara 18 bulan cabul kehormatan pekerja wanita

Iklan
Amiro Ikbar dihukum 18 bulan penjara selepas mengaku salah mencabul kehormatan pekerja di sebuah kedai menjual alatan memancing.

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dihukum penjara 18 bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencabul kehormatan pekerja wanita di sebuah kedai menjual alatan memancing, pada April lalu.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Amiro Ikbar Bidi, 24, dari Kampung Binjai Berambu, di sini, mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan mangsa.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa 36, dengan niat untuk mencabul kehormatannya di sebuah kedai alatan memancing di Jalan Hiliran, di sini, kira-kira jam 5.50 petang, pada 30 April lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full di hadapan Majistert Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan bermula tarikh jatuh hukum iaitu hari ini.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, pada 30 April lalu, jam 5.50 petang, mangsa yang sedang bekerja di kedai sebelum didatangi seorang lelaki (tertuduh) tidak dikenali yang memakai baju T berwarna hitam.

Tertuduh terus menghampiri mangsa sebelum memegang bahagian dadanya dan cuba untuk memeluk mangsa tetapi wanita itu berjaya melarikan diri keluar dari kedai berkenaan.

Susulan laporan dibuat mangsa, tertuduh ditangkap pada 3 Mei lalu, kira-kira jam 12.20 pagi di sebuah rumah di Kampung Binjai Berambu, di sini.