RM118.7 juta naik taraf kemudahan kesihatan di Melaka

Iklan
Chee Leong (tengah) menunjukkan gambar salah satu projek menaik taraf dan menambahbaik kemudahan kesihatan di negeri ini yang sedang dilaksanakan.

MELAKA - Kerajaan negeri yakin kesemua 18 projek yang dipohon menerusi Kementerian Kesihatan bernilai RM118.7 juta bagi menaik taraf dan menambahbaik kemudahan kesihatan di negeri ini akan terlaksana.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, daripada keseluruhan projek tersebut tujuh antaranya telah dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh 2018 dan 2019 membabitkan peruntukkan berjumlah RM115.3 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua daripada projek berkenaan telah pun siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan negeri.

"Ia meliputi Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan kuaters di Ayer Molek membabitkan kos RM20 juta dan klinik ini telah memulakan operasi pada 27 November 2017 lalu dan penyerahan kuarters dilakukan pada 26 April lalu.

Iklan

"Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan kuarters di Rembia, Alor Gajah juga telah siap membabitkan kos RM20 juta dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan negeri pada 26 April lalu dan dijangka akan memulakan operasi pada Julai depan," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada sidang media di Bangunan Pentadbiran Hospital Melaka di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rushidi Ramly dan Pengarah Hospital Melaka, Dr Hatijah Mohd Tan.

Sementara itu, jelas Chee Leong, terdapat satu projek lagi dalam peringkat pelaksanaan iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 dengan kuarters di Batu Berendam dengan kos RM26 juta yang kini sudah 59 peratus siap.

"Sebanyak empat projek lagi dalam proses perolehan termasuk menaik taraf bangunan sedia ada di Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka (reka dan bina).

"Selain itu, Jabatan Kesihatan negeri juga ada membuat permohonan untuk menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka," katanya.