KUANTAN - Keseronokan lima remaja menyaksikan lumba haram berakhir dengan tragedi selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah di Rantau Perintis, Bandar Jengka di Maran, dekat sini, tengah malam tadi, semasa mereka cuba melarikan diri daripada kereta peronda polis.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian pada kira-kira jam 12.30 tengah malam itu mengakibatkan lima remaja berumur antara 16 dan 19 tahun mengalami kecederaan.