Pengakap Kelana A anjur program kebajikan
Iklan
PENDANG - Buat pertama kalinya pada tahun ini, Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Padang Terap menganjurkan majlis iftar dan pemberian sumbangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan fakir miskin.
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Mohd Aswadi Muhamad berkata, program yang dikenali Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Duit Raya 2019 itu dilancarkan dengan memberi manfaat kepada 150 penerima.