Motosikal terbabas, dua sahabat maut

Iklan

LAHAD DATU - Dua sahabat maut selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di Kilometer 22, Jalan Lahad Datu - Tawau di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, Irwan Boy, 19, dan Norhafezah Mooti, 26, yang dari arah Tawau menuju ke Jalan Lahad Datu, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, motosikal ditunggang Irwan dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit dan terbabas sebelum masuk ke dalam parit.

"Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal yang menunggang dalam keadaan laju ketika menuruni bukit sekali gus menyebabkan kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut Nasri, ketika kejadian kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar, selain penunggang tidak memiliki lesen serta cukai jalan motosikal turut tidak aktif sejak tahun 2017. - Bernama