Hanya mampu berteduh bawah kanvas
Iklan
Bangsal didiami Nohaslinda bersama suami dan empat orang anaknya.
PONTIAN - Sukar dipercayai masih ada keluarga tinggal di bawah kanvas bersama anak kecil berhujan dan berpanas saban hari.
Namun itulah kehidupan diharungi Hasreen Sairi, 38, bersama isteri, Norhaslinda Abdul Rahman, 33, bersama empat orang anak berusia 11 hingga 2 tahun sejak enam bulan lalu.
Iklan
Iklan
Mereka sekeluarga sedang menunggu rumah baharu dibina atas sumbangan beberapa individu.
Menerusi program ziarah dilakukan Persatuan Pontian Outdoor, Sinar Harian dibawa melihat sendiri keadaan keluarga berkenaan di Kampung Maju Jaya Pekan Nanas.
Iklan
Seramai 15 orang ahli persatuan diketuai Abdul Samad Samiran, 46, kemudiannya bergotong-royong membaiki bangsal beralaskan kayu dan berbumbungkan kanvas itu.
Bagi Norhaslinda, dia amat menghargai kerja-kerja membaiki bangsal yang dilakukan itu memandangkan keadaannya agak teruk terutama ketika hujan.
Iklan
Tempat tidur yang turut dijadikan tempat menyidai pakaian.
Katanya, dia sekeluarga mula tinggal di bangsal itu sejak awal tahun ini kerana tidak mampu membayar sewa rumah.
"Bangsal ini didirikan atas tanah milik suami. Kami memang bercita-cita hendak bina rumah, tetapi tiada wang. Suami bekerja sebagai pemotong rumput dan melakukan kerja-kerja kampung sahaja.
"Hendak bayar sewa rumah pun tak mampu. Sudah banyak rumah kami sewa sebelum ini. Sebulan dalam RM500 sewa,” katanya.
Bagaimanapun, keluarga ini cukup bertuah kerana ada beberapa individu tampil membantu membina rumah baharu buatnya di sebelah bangsal tersebut.
Rumah baharu tersebut masih dalam pembinaan dengan kerja-kerja telah dimulakan sejak seminggu.
Keadaan barang yang disusun dalam bangsal.
Sementara itu, Abdul Samad Samiran berkata, walaupun rumah baharu sedang dibina, namun keluarga terbabit masih berteduh di bawah kanvas dengan keadaan bangsal yang cukup menyedihkan tanpa kemudahan elektrik mahupun bekalan air bersih.
Katanya, gotong–royong dilakukan pihak persatuan lebih tertumpu kepada kerja-kerja membetulkan kanvas.
"Sekarang ini musim hujan, jadi kami mahu bantu keluarga ini dengan betulkan kanvas supaya mereka dapat berteduh dalam keadaan lebih baik tanpa risau kanvas bocor.
"Diharapkan apa yang dilakukan ini dapat meringankan beban keluarga ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>