Khianat jika terima Rahim Thamby Chik
Iklan
RAHIMTAMBYCHIK
KUALA LUMPUR - Jika Bersatu menerima keahlian Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, rakyat akan mentafsir perkara itu sebagai satu pengkhianatan kepada setiakawan dan persahabatan dijalin antara DAP, Amanah dan PKR.
Ketua Dapsy Kebangsaan, Howard Lee Chuan How berkata, politikus itu tidak pernah muncul apabila Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk berganding dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentang Umno dan BN.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perjuangan dan pengorbanan itu menghasilkan kemenangan kepada rakyat dan Abdul Rahim tiada sebarang titik peluh langsung yang disumbang ke arah perjuangan tersebut.
"Malah, si politikus inilah yang merupakan salah seorang dari 'Trio Datuk' telah menyerang Anwar dengan telatah politik fitnah, menayangkan video lucah.
Iklan
"Permohonan Rahim Thamby Chik untuk memasuki Bersatu, adalah hak beliau sendiri tetapi terima atau tidak adalah hak pimpinan parti Bersatu.
"Penerimaan Rahim Thamby Chik akan dibaca dan ditafsir oleh rakyat sebagai suatu pengkhianatan kepada setiakawan dan persahabatan yang telah kita jalin sepanjang perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Tambahnya, beliau amat menghormati Bersatu sebagai rakan seperjuangan, persahabatan mereka telah diuji tetapi ia tetap kukuh namun beliau tetap menganggap penerimaan Abdul Rahim akan ditafsir sebagai pengkhianatan.
Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka itu Bekas Ketua Menteri Melaka itu mengumumkan keluar Umno dan menyerahkan permohonan untuk menyertai Bersatu.
Abdul Rahim berkata beliau bertindak keluar Umno dan memohon menyertai Bersatu kerana Umno kini sudah tidak mempunyai roh perjuangan membela nasib orang Melayu dan roh itu sudah berhijrah ke Bersatu.
"Saya sedih tinggalkan Umno setelah lebih 40 tahun berjuang dalam parti itu untuk orang Melayu.
"Saya keluar kerana Bersatu kini boleh membela orang Melayu dengan lebih baik, cekap dan berkesan yang mana Umno kini sudah tiada kapasiti untuk bergerak demi perjuangan orang Melayu,” katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.