Kematian Siti Kharina akibat luka hirisan di leher
Iklan
KUALA LUMPUR - Kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, punca kematian Siti Kharina, 40, itu diperoleh hasil bedah siasat terhadap mayat wanita itu yang dijalankan semalam.